*1. Baki umur ini pendek,*
"selagi selera.....makanlah"
"selagi layak........pakailah"
"Selagi manfaat......belilah"
"Selagi sihat.....mengembaralah
"Selagi lapang ... bersilaturahimlah
"Selagi boleh........bersedekah"
"Selagi mampu .... berjihadlah"
"Selagi bernyawa.. beribadahlah
*Nikmati hidup seadanya.*
*2.* Dulu kita berusaha, utk memiliki. Kini waktunya untuk melepaskan harta, pangkat, anak, isteri semua akan kembali kepada-NYA. *Bahagia terletak pada keikhlasan.*
*3.* Sehari berlalu, umur berkurangan, berbuat baiklah dan sentiasa ingat Allah kerana *kita tidak tahu bila akan dipanggil.*
*4.* Hidup ini sangat singkat dalam sekejap kita mulai tua dan *pasti masuk KUBUR..* Menyesal di dunia masih ada jalan, jangan menyesal dalam kubur tidak berguna lagi.
*5.* Jangan tengok ke atas, akan sentiasa merasa kurang, tengok ke bawah boleh merasa cukup dan syukuri apa adanya pasti bahagia. *Bersyukurlah..*
*6.* Yang terbaik adalah berbuat baik, membantu orang lain, *Jangan menyakiti, latih diri dgn berbaik sangka , agar sehat zahir batin.*
*7.* Kasih orang ibubapa tidak ada batas. Sedarlah, bila anak sakit, ibubapa bagai terhiris dan susah hati namun apabila ibubapa sakit anak cuma tengok dan bertanya.
Anak-anak memakai wang ibubapa seperti kewajipan, tetapi ibubapa memakai wang anak, boleh bawa masalah. *Cukupilah diri sendiri jangan berharap pemberian anak.*
*8.* Rumah ibubapa adalah rumah anak, tetapi rumah anak bukanlah rumah ibubapa. *Sedarilah.*
*9.* Ibubapa selalu mendoakan anak, tapi anak jarang mendoakan ibubapa. Maka *beramallah kita dgn amal yg banyak, jangan bergantung kepada doa anak.*
*10.* Kebaikan dan keburukan sebagai ujian dan tidak akan berakhir sampai kita mati. *Hadapilah dgn syukur dan sabar.* Kalau anak-anak sudah berkeluarga dan meninggalkan kita, giliran kita untuk kembali memikirkan diri kita sendiri . . .
*Renungan menjelang tua . . .*
*Bila kita tua* ...
Luangkan waktu bersama pasangan anda kerana salah seorang drpd kita akan pergi lebih dahulu dan yang masih hidup hanya mampu menyimpan kenangan yang indah.
*Bila kita tua* ...
Akan tiba masanya mau berjalan ke pintu saja susah, sementara masih berkemampuan, jalan2 lah kebeberapa banyak tempat untuk mengingatkan
kan kita tentang kebesaran Allah, utk mengkagumi keindahan ciptaan NYA.
*Bila kita tua* ...
Jangan susahkan diri *memikirkan anak2 secara berlebihan*.
Mereka akan mampu berusaha sendiri.
Cuma tentukan hutang anda lunas sebelum meninggal dunia supaya mereka tidak menanggung beban yang anda tinggalkan.
*Bila kita tua* ...
Terimalah penyakit apa adanya. Kerana semua sama, kaya atau miskin akan melalui proses yang sama, yaitu: lahir bayi, kanak2, dewasa, tua, sakit & mati.
"Selagi diberi kekuatan, berjihadlah di Jalan Allah mengikut kemampuan yang ada. Moga mendapat *rahmat dan keredhaan dari ALLAH.*
*Kata2 nasihat* ...
"Cari kawan yg seperti cermin, kita gembira dia gembira, kita sedih dia ikut sedih.
Selamat menikmati Masa Tua dengan Bahagia .....
1 Comments
abam kie,,segmen belum habis..mana dtg pemenangnya? haha
ReplyDeletehttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/10/segmen-saya-nak-buku-free-by-cuya.html