PATI IKAN HARUAN GINSENG HARWANY herba telah digunakan untuk beribu-ribu tahun untuk meningkatkan kesihatan.
Hampir semua penyakit kulit menunjukkan tanda penyembuhan lebih cepat apabila mereka memakan ikan haruan ataupun produk berasaskan pati ikan haruan. disapukan krim tersebut. Antara penyakit kulit yang dikatakan termasuk kurap, kayap dan juga luka kecil serta bengkak.
Hasil kajian menunjukkan asid arachidonik yang terkandung dalam isi ikan haruan amat bermanfaat dalam membantu proses penyembuhan penyakit kulit. Berdasarkan kajian itu, isi ikan haruan turut disahkan mengandungi kesemua asid amino dan asid lemak yang bermanfaat untuk proses perubatan dan penyembuhan penyakit kulit.
Ikan haruan juga telah digunakan untuk membantu menyembuhkan luka selain meredakan penyakit berkaitan kulit seperti radang, gatal-gatal dam sebagainya. Biasanya ibu selepas bersalin akan memakan lauk pauk berasaskan ikan haruan ataupun minyak ikan haruan.
Ikan haruan juga mengandungi vitamin A yang membantu menambah daya penglihatan, melembapkan kulit dan bertindak sebagai antioksidan serta melambatkan proses penuaan.
Lendirnya pula mengandungi asid olelik dan linolik tidak tepu dan menariknya, kandungan kolagenya dapat mencantikkan kulit.
0 Comments