Disclaimer : Long Post
Akak dah baca lebih 10 luahan parents (memang sikit, nak buat research pun belum boleh digeneralisasikan pada seluruh populasi)...Kalau akak teruskan pembacaan mungkin jumpa byk 😅....dengar juga guru sendiri yg as parents pun pening. (Kawan akak bukan x de yg keje cikgu + parent) Plus akak sendiri pun laluinya. Bila dicantumkan...eh, semua pun lalui benda yg sama.
Ni org kata menulis berdasarkan PENGALAMAN. Bukan kisah dongeng apatah lagi nk menangguk di air yg keroh.
Jadi kat sini akak terpaksa tulis la jugak. Tak peduli dah kena kecam dgn cikgu-cikgu ke apa. Sendiri korek lubang kan...Redah... hahahahah
Jadi akak menyeru, guru-guru gunakan lah baki cuti yang ada untuk MEREKOD VIDEO MUKA SENDIRI MENGAJAR...
Kenapa nak kena ada muka cikgu? Youtube banyak video yg bagus...KPM ada team cikgu Youtube...tengok je la...
Iye tahuuu. Tapi fhm kan la psikologi budak ni. Depa nak feel mcm dalam kelas.
Kata belajar dari rumah, belajar secara online...CIKGUNYA (cikgu subjek tu)TAK MENGAJAR APA-APA PUN....
Tak boleh la takat bagi arahan suh klik link ni utk jawab soalan kuiz, main game education sana sini...bagi latihan, suh hantar semula...ataupun bagi link suruh tengok video cikgu mana-mana.
Kat mana proses Pengajaran & Pembelajarannya?
Di kesempatan ini akak nk merayu,
Tolonglah buat macam mana kami para lecturer ni buat.
Ini bukan pasal nak kata lecturer lagi bagus ke apa. Ni pasal Knowledge Sharing. Ni pasal apa yang KITA KENA BUAT utk pelajar kelas kita.
Cadangan akak, cikgu-cikgu ni kena mula develop content buku teks tu jadi POWER POINT.. Memang amik masa tapi cikgu pasti boleh.
Kami dah lama develop POWER POINT dari BUKU TEKS, yang dipanggil sebagai NOTA (ringkasan dari buku teks & mudah utk difahami) & dibuat ber chapter-chapter. Dah buku teks tebal kan? 😂
Nota yang berbentuk POWER POINT TU kemudiannya akan kami record mengikut topik
Kalau nk kira penat...aduii tak nak akak kenang. Tapi akak terus buat sebab akak percaya...
Budak-budak even budak Universiti...mereka lebih mudah nak faham bila cikgu depa sendiri yang mengajar. Depa lebih puas hati tengok MUKA cikgu depa. Puas hati dengar SUARA cikgu depa sendiri. Baru Ada bonding. Ni suh tengok youtube cikgu depa x kenal. 5 minit kemudian dia bantai tengok channel ISA ISARB tak pun mukbang Isac Osman TV. Punahhh x jadi keje!.
Pentingnya video recorded ni student boleh tengok berkali-kali sampai faham. Time buat latihan x faham, play balik video cikgu tadi.
Lupa nk pesan, nota bentuk power point atau kita panggil as handout tu lagi baguih cikgu bagi dulu sehari awal pada parent. Mak pak ni boleh la pederaih gi kedai jap untuk print kan. Bagusnya ada handout ni, sambil student tonton video cikgu mengajar, mereka boleh conteng2 kat tepi nota tu. Sambil dgr, sambil tulis. Baru faham.
Percayalah benda ni susahnya sekali. Tapi kita kena buat sebab kita dibayar gaji.
Kami para lecturer now boleh menarik SEDIKIT nafas lega bila student bagi positive feedback atas usaha kami.
Student yg buat part time pun tak tercicir sebab mereka boleh study anytime.
Student yang xde internet, yg hanya boleh access internet seminggu sekali (kena keluar gi pekan yg ada internet) pun x tercicir kerana mereka boleh download semua video subjek2 & study kemudiannya.
Lupa nk bagitau, utk pelajar kami yg dari Sabah & Sarawak, yg pedalaman yg xde internet ada lecturers yg burn video dlm CD then post pada student. Itu je yg kami mampu nk buat supaya pelajar dpt belajar.
Jadi para cikgu pun buatlah sesuatu.
Dalam mendepani virus covid-19 yang mencabar ni, nak tak nak kita as pendidik kena tetap terus mendidik.
Sukar macam mana sekalipun, kita ni pendidik. Jangan kita humban tanggungjawab mengajar kepada ibu bapa pelajar kita.
Nah akak bagi cadangan,
TAK PERLU GUNA ZOOM/MEET/WEBEX.
Kurang practical sebab
1. Tak semua budak sekolah ada laptop/hp sorang satu. Kalau kelas adik dengan abg serentak...alamatnya ada yg x dpt join kelas la.
Sebab tu elok record. Kalau yg xde hp byk tu..pagi adik dgr subjek dia. Malam abang study subjek dia. Semua adik beradik dpt belajar.
2. DATA CONSUMING yang tinggi. Kalau anak ada 5, semua guna GMEET, satu subjek sejam...jenuh parent nk spend duit utk data je.
Langkah terbaik akak ulang RECORD VIDEO MUKA SENDIRI guna macam-macam apps. Google Meet boleh (click record & x payah invite student), mobizen or even power point pun boleh record video.
Dah record, buh dlm Google Classroom boleh, hantar kat group whatapps pun boleh. Nak burn dalam CD pun boleh.
Mudah...dan student boleh PLAY/Repeat video berkali-kali sampai faham.
Kita tak tahu bila covid akan berakhir...Moga kita semua boleh usaha sesuatu sementara kita dapat mengajar f2f semula.
Pada guru yang telah cuba sedaya upaya mengajar anak bangsa, tahniah & kali ini profesion kita turut diuji.
Pada ibu bapa yang juga telah mencuba sebaiknya...terima kasih tak terhingga.
0 Comments