Cara buka akaun Maybank2u.Premier Tanpa Perlu Ke Bank

 


Salam sejahtera semua. hari nie aku nak share camner aku buka akaun semasa (Current Account) d Maybank melalui ONLINE tanpa bawa INTRODUCER.

Sebenarnya dah banyak kali aku duk mikir camner nak buka akaun nie. Dalam masa yang sama juga duk mikir juga nak buka account nie di Maybank atau CIMB. Memandangkan aku dah ada saving account di Maybank, jadi Maybank menjadi pilihan hatikuuuuuu.

Syarat-syarat dier pon xder ler cerewet sgt, tp tang INTRODUCER tu maner pulak aku nak cekau nyer. Atas dasar untuk men'struktur'kan kewangan aku (ayat skema sgtttt), so aku pon buka lah account nie. Bukan nak habaq aku nie banyak duit taw.

Nak buka current account nie ada 2 cara :

1. Mohon melalui online.

2. Walk in sendiri mana-mana branch Maybank bersama-sama dengan introducer.( pastikan dah register nama syarikat at SSM)

Untuk tidak memeningkan kepala aku, jadi aku memilih untuk buka akaun nie secara online. Macam sulit sikit nak cari tang introducer tu. Lagipon aku nak registerkan atas nama aku sendiri.

Pada 19 Dec 2014 yang lalu, aku telah momohon untuk membuka akaun nie secara online. Memang mudah sekali caranya.


1. Pastikan ada akaun Maybank yerk. Log in cam biasa.


2. Click pada "APPLY ONLINE"


3. Account type pilih "PERSONAL CURRENT ACCOUNT"
  Product type pilih "MAYBANK2U PREMIER"


4. Masukkan semua data dalam nie. Pilih branch mana nak nak collect nanti. Aku pilih Negeri Selangor dan branch nak collect nanti Taman Putra Ampang. Semasa key in data, aku masukkan alamat surat menyurat kat kampung walaupon aku nak collect nanti di Selangor. Nanti masa pergi collect, bank officer akan minta alamat yang sekarang. So tidak ada masalah untuk kes nie. Asalkan tahu diman lokasi branch yang nak collect nanti. Jika nak req BUKU CEK pon buleh jika tak nak pon buleh juga. So aku pilih beserta dengan buku cek.




5. Dah submit form, sila PRINT out. Time nak collect tunjukkan slip nie. Sila simpan elok-elok. Perhatikan betul-betul form tersebut  kerana RM7.50 sudah pon dicaj. Jangan lupa g cari no.telefon branch sekarang untuk kol nanti setelah 3 hari bekerja.

6. Selepas 3 hari bekerja aku dah boleh nak  call branch Taman Putra Ampang Selangor untuk collect buku cek dan ambil no account yang baru. Memandangkan aku sibuk,  jadi aku pon terlupa, dah tu lepas Krismas baru aku teringat nak call. Bank akan simpan buku cek dalam masa sebulan sahaja, selepas itu akan dilupuskan dan jika berminat lagi nak buka currect account tu kena apply baru. ader fahammmmm.

7. Jadi untuk kes aku nie aku cuma bz sikit. Awal tahun 2015 baru aku gi collect jumpa ngn officer bank Pn. Siti. P kaunter kater nak collect buku cek. Pastu tunggu jap kena Q dulu. Bila dah jumpa Pn. Siti, kena isi form dulu. Terketar-ketar jugak isi form  nerves..... bila dah siap smua bagai ader kena sign-sign sikit. 

8. Semasa Pn Siti duk enter data aku bagai, aku pon ader req tuk minta "LINK" kan sekali ngn saving account aku yang sekarang nie. Maksudnya jika req untuk link, hanya guna satu BANK CARD sahaja. Dan nak semak account pon senang kan.

9. Bila Pn. Siti dah bagi no account baru untuk current account, aku dikehendaki untuk memasukkan deposit dalam new account aku tu. Minumum RM 500. So sila tunjukkkan tahap ke'seriou'san anda di sini kepada pihak bank. Ingat....bank akan melayan orang yang berduit sahaja dalam accout.  Aku pon pergi dekat ATM tuk wat transfer at new account. 

10. Dah siap tranfer ambil resit tu dan bagi at Pn. Siti.

11. Sebelum Pn. Siti bagi buku cek, dia akan interview dulu kita untuk apa buka account nie?. Hu hu hu..... cambiasa Pn. Siti pon ader promoto ASB bagai. (act aku dah ready, coz aq taw mmg ader soklan-soklan camnie) So aku pon berceritalah secara jujurnya and xderlah havoc sgt pon.

12. Dah siap sesi soal jawab, so dapatlah buku cek. Yahoooooo girangnya hati ini. Alhamdulillah. Terima Kasih Pn. Siti.


13. Bila dah ada new account, pastkan aliran tunai juga kena aktif juga. InsyaAllah.....

Salah satu kelebihan memohon currect account ini adalah boleh diguna pakai sebagai dokument sokongan jika suatu hari nanti nak beli rumah. So rancanglah masa depan anda sekarang sama ada gemiling atau sebaliknya.
Terima kasih.

Post a Comment

0 Comments