1. Lot Lidi adalah istilah yang digunakan oleh orang awam atau tuan tanah untuk jual 'Lot Bunglo' dan banyak berlaku pada tanah Malay Reserved.
2. Istilah Lot Lidi ini tiada dalam Kanun Tanah Negara (KTN). Maka Lot Lidi ini tidak diiktiraf oleh Pejabat Tanah Galian (PTG) setempat biasanya.
3. Lot Lidi wujud kerana tuan tanah nak 'keuntungan segera' maka dia upah juruukur untuk buat pecahan lot diatas tanahnya. Kebiasaannya dia tidak mohon Kebenaran Merancang (DO) kepada PBT. (Adakala dia tak upah pun dia main bahagi ikut dia suka)
4. Dengan berbekalkan lot lot yang dah dibahagikan ini, mereka mula pasang iklan tepi jalan, dikampung, lampu isyarat.
"Tanah murah, Malay Reserved RM70,000 satu lot",
"Lot bunglo murah hanya RM80,000 satu lot".
Banyak banner warna warni kecil yang digantung di tiang tiang lampu jalan.
"APA KESANNYA JIKA SAYA TERBELI BANG?"
1. Kita yang beli lot lidi ini tidak dapat individu title (geran) pada tanah lot berkenaan.
2. Bermakna nama pembeli berkenaan cuma akan dimasukkan kedalam senarai pemegang amanah didalam geran asal (master title) dan cuma dicatit kan jumlah bahagian spt 1/4, 1/36, 1/2 dsb.
Itu pun jika nasib kita baik, ada yang tulis atas kertas sahaja dan ada cop peguam kononnya.
3. Tanah itu bukan kita punya pun, masih milik Tuan Tanah walaupun dan berpuluh ribu kita bayar padanya. KTN tidak iktiraf lot lidi ini.
4. Tiada kebenaran merancang (DO) maka ia dianggap haram dan Majlis Daerah atau PBT ada kuasa meroboh kediaman kita. Buat mahal mahal nanti kena roboh.
5. Bila tiada kebenaran maka, PTG tidak akan keluarkan geran buat kita yang dah beli mahal mahal buat personal loan nie woi! haram sungguh mana kami tahu.
6. TNB, Indah Water, Lembaga Air tidak membenarkan pendaftaran bekalan mereka. Apa yang dilakukan hanyalah daftar mengunakan nama pemilik tanah asal atau surat sumpah. Ada tempat memang susah nak dapat bekalan.
7. Bila tiada kelulusan, maka jalan masuk, longkang, fasaliti lampu, kutipan sampah semua tidak akan berlaku. Bayangkan rumah cantik tapi tiada fasaliti yang menghubungkan.
8. Lebih parah bila kita meninggal, kita tak boleh wariskan buat isteri, anak dan cucu kita nanti. Lebih teruk lagi jika tuan tanah meninggal, tanah menjadi bahagian faraid keluarganya. Takkan nak halau kita semua pulak kot!
9. Tanah kita tak diiktiraf oleh bank, bank tak bagi pinjaman dan ia bukannya aset sebab tak laku dimata bank.
kawan kawan,
saya lukis bagi senang faham.
Ramai yang keliru dan dah terbeli Lot Lidi ini, anggaplah ia pengajaran buat kita semua.
Semua orang pernah silap, kita belajar sahaja agar tak ulangi kesilapan lampau.
Sumber: Azizul Azli Ahmad
0 Comments