Kenapa Perlu Pakai Baju Melayu Pada Majlis Rasmi?

"Orang yang tidak mempelajari sejarah, tidak akan tahu menghargai."

Begitulah...

Maaflah, saya agak sensitif dengan isu pemakaian baju Melayu ini.

Apatah lagi bila melihat anak bangsa beria mempertahankan pemakaian kurta berbanding mempertahankan busana tradisi sendiri.

Hendak memakai baju Melayu di hari kebesaran pun menjadi perdebatan.

Tak kurang juga yang memperlekehkan baju Melayu.

Seandainya kita menelusuri sejarah bangsa, adakah kita akan begini pada hari ini?

Makin hari, makin hilang jatidiri. 

Tak mustahil nasib busana Melayu akan terkubur sebagaimana terkuburnya tulisan jawi.

Pelajarilah sejarah leluhur kita. 

700 tahun lalu baju Melayu mula diperkenalkan di zaman empayar Melaka. 

Sultan Muhammad Syah mengkehendaki orang Melayu mempunyai penampilan khusus bagi menampilkan kita sebagai satu bangsa yang mempunyai jatidiri.

Lima butang baju Melayu melambangkan Rukun Islam manakala butang satu pada baju Melayu teluk belanga dikaitkan dengan tauhid yang mempercayai bahawa Tuhan hanya satu.

Tiga saku di hadapan baju melambangkan akidah, Islam dan ihsan manakala samping pula membawa maksud kesungguhan menjaga maruah, aurat dan syahwat.

Pemakaian samping di bawah lutut bermaksud si pemakainya sudah berkahwin manakala di atas lutut bermaksud masih bujang. 

Begitulah falsafah yang ada pada baju Melayu. 

Tugas kita adalah hidupkan kembali semangat kemelayuan membabitkan jati diri orang Melayu beragama Islam.

Busana tradisional kita melambangkan peradaban bangsa kita.

Kembalikan semula semangat roh Melayu-Islam. Ia merupakan akar budaya orang Melayu sejak zaman berzaman dan menggambarkan identiti kaum itu yang bermaruah.

Janganlah perlekehkan. Janganlah kita menjadi penyebab kepada kepupusan busana tradisi.

Penuh adab dan bermaruah, itulah Melayu.

Sumber: FB Yuhanis Azam 



Post a Comment

0 Comments