Kisah budak malas jawab peperiksaan

 

Assalamualaikum. Peperiksaan Pertengahan Tahun baru sahaja selesai sebelum Hari Kebangsaan lalu. Alhamdulillah. Semua murid dibawah jagaan Abam Kie telah menduduki kertas Bahasa Inggeris. Abam Kie mengajar 2 kelas Tingkatan 4 dan 3 kelas Tingkatan 5. Abam Kie sudah selesai menanda semua skrip jawapan mereka sebelum cuti sekolah bermula. Maklumlah kertas Bahasa Inggeris ini berlangsung pada minggu pertama. Jadi sempatlah menanda semasa mengawas kertas2 peperiksaan yang lain. 

Tapi apa yang buat Abam Kie geram ni ialah tentang dua orang murid lelaki di tingkatan 5 yang tidak menjawab kertas soalan aneka pilihan atau objektif. Kertas berkenaan ialah Reading and Use of English yang mengandungi 40 soalan objektif. Mereka berdua ni cuma tulis nama dan terus tidur sampailah habis 90 minit tempoh menjawab soalan berkenaan. Guru yang mengawas masa berkenaan sudah memaksa mereka menghitamkan ruangan jawapan A, B, C atau D. Tapi sedikit pun tak diendahkan!

Seingat Abam Kie la, semalas2 budak pun mereka akan 'tembak' jawapan di atas kertas jawapan OMR tu. Bukannya susah. Teka je la. Janji semua jawapan bertanda. Ini tidak! Pakai tinggal kosong je. Seorang budak tu tak jawab langsung. Cuma seorang lagi tu ada la jawab sikit tapi malangnya semua jawapannya salah. Biasanya budak yang lemah akademik pun akan tanda semua jawapan. Tapi dua orang budak ini pakai tinggal terus! Itu soalan objektif. Kalau soalan esei tu memang hantar kertas kosong la! 

Tak tahulah mengapa 2 orang budak ni tahap kemalasan mereka sangat teruk. Belum pernah Abam Kie jumpa budak yang semalas mereka ni. BTW, mereka ni dari kelas kelapan (terakhir). Semoga mereka berubah kerana SPM cuma tinggal 5 bulan dari sekarang! Jika mereka enggan berubah, maka terimalah akibat bila mengambil slip keputusan nanti. Jadi apa pendapat kawan2 tentang murid2 yang langsung malas berusaha macam ni?


Post a Comment

0 Comments