Assalamualaikum kawan-kawan yang dihormati sekalian. Dalam beberapa hari kita bakal menyambut bulan Ramadhan yang penuh barokah. Semoga kita dapat menyempurnakan sebulan puasa dengan cemerlang dan dilimpahi dengan pahala yang berganda-ganda. Aamiin.
Dalam kita sibuk beramal dan berpuasa nanti, kelengkapan dan persiapan Hari Raya Aidil Fitri perlu juga diadakan sedari awal agar tidak tergesa-gesa pada malam Raya. Selalunya lelaki bersaiz besar sukar mencari Men's Plus Size Clothing di pusat membeli-belah dan kedai dalam talian. Namun tidak lagi kerana Bob Rock Clothing (BRC) kini menjadi peneraju Plus Size Fashion di negara kita dan Abam Kie yakin BRC kini menjadi Plus Size Clothing Online Malaysia yang paling terkemuka di Malaysia! Sekarang ini BRC menawarkan penghantaran percuma untuk pembelian online melebihi RM199.00 ke seluruh Malaysia! Jadi jangan lepaskan tawaran yang hebat ini!
Sempena Hari Raya Aidil Fitri tahun ini, Bob Rock Clothing menyediakan tiga jenis Pakaian Saiz Besar Lelaki iaitu Baju Melayu, Kurta Adam dan Kurta Telok Belanga.
Koleksi Raya Bob Rock ini menawarkan lima rekaan Baju Raya 2023 yang menarik dan cantik iaitu:
1. Baju Melayu Cotton Twill – (6 warna) – Harga RM269 selepas diskaun jadi RM229
2. Kurta Adam V2 Lengan Panjang – (8 warna) – RM129
3. Kurta Adam V2 Lengan Pendek – (8 warna) – RM115
4. Kurta Telok Belanga Lengan Panjang – (8 warna) – RM129
5. Kurta Telok Belanga Lengan Pendek – (8 warna) – RM115
Jom! Sekarang ni Abam Kie nak bagitahu ciri-ciri Baju Melayu dan Kurta BRC yang menarik ini.
1. Baju Melayu diperbuat daripada material cotton twill. Oleh yang demikian, Baju Raya Plus Size ini selesa dipakai kerana dihasilkan daripada kain kapas premium yang breathable (masuk angin) menjadikan ia sesuai untuk pemakai bertubuh besar dan sihat!
2. Pembeli boleh memilih saiz dari XL sehingga 6XL. Sudah pasti abam-abam sihat dan comel di luar sana akan mendapat saiz yang sesuai dengan bentuk badan masing-masing ya!
3. Baju Raya Saiz Besar ini didatangkan dengan kolar cekak musang 5 butang. Ini akan memudahkan pemakai menanggalkan butang baju melayu bila perlu atau bila kepanasan nanti.
4. Terdapat tiga poket baju iaitu 1 di dada kiri dan 2 di bahagian perut. Nanti mudah la nak taruh wallet atau duit raya untuk diberikan kepada kanak-kanak kan?
5. Baju Melayu Raya BRC ini tiada pesak sebab ia mengikut trend lelaki moden yang lebih gemarkan rekaan sedemikian!
6. Manakala seluar pula seperti biasa mempunyai poket kiri dan kanan supaya memudahkan abam-abam sihat ni nak letak wallet dan telefon bimbit.
7. Yang penting pinggang seluar tu bergetah agar lilitan di pinggang tu fleksibel! Iyalah kan! Mungkin sebelum Raya tu pinggang saiz 42 inci tetapi selepas sebulan beraya ia naik ke 46 inci pulak! Jadi senang la nak adjust! Hehehe...
8. Akhir sekali koleksi baju raya BRC ini didatangkan dalam 6 warna berbeza iaitu Baby Blue, Black, Jade Green, Light Brown, Red dan Royal Blue. Sudah pasti ada satu warna favourite abam2 sekalian!
Apa? Kawan-kawan tak gemar pakai baju melayu untuk raya ni? Hmmm... x apa... Jangan bimbang kerana Kedai Baju Saiz Besar Lelaki #1 di Malaysia ini menawarkan Kurta Plus Size juga! BRC ada menawarkan Kurta Adam V2 lengan panjang dan Kurta Adam V2 lengan pendek untuk abam2 di luar sana!
Habis tu kenapa kawan-kawan perlu beli Kurta Adam V2 untuk Hari Raya 2023 nanti? Meh Abam Kie bagi penjelasan sedikit.
1. Pertama ia diperbuat daripada Cotton Oxford yang berkualiti tinggi yang sangat mudah menyerap peluh dan mudah kering. Kurta Adam V2 lengan panjang berguna untuk melindungi lengan kawan-kawan daripada sinaran terus matahari yang panas. Memang sesuai la untuk dipakai seharian!
2. Sama seperti baju Melayu, kurta Adam V2 ini didatangkan dalam saiz dari XL hingga 6XL.
3. Didatangkan dengan kolar cekak musang 4 butang tembaga.
4. Terdapat tiga poket iaitu 1 di dada kiri dan 2 di sisi.
5. Ada juga butang perhiasan/extra di bawah poket sisi menjadikan ia tampak bergaya bila dipakai.
6. Kurta yang ringan tetapi tahan lasak
7. Cepat menyerap dan mengeringkan peluh supaya memberikan keselesaan kepada pemakainya.
8. Terdapat dalam warna Black, Gold, Mint Green, Navy Blue, Olive Green, Periwinkle Blue, Purple dan Grey.
Eh! Nampaknya kawan-kawan tak minat dengan Kurta V2 ye? It's OK. BRC ada juga Kurta Telok Belanga dimana elemen India bergabung dengan Melayu menjadi rekabentuk kurta yang kontemporari tapi masih mengekalkan ciri-citi klasik. Jom kita tengok ciri-ciri Kurta Telok Belanga lengan pendek pula. Pasti ia akan membuatkan kawan-kawan menarik, tertarik, kau memang d'bomb!
1. Ia diperbuat daripada cotton oxford, sama seperti Kurta Adam V2.
2. Saiz yang ada adalah dari XL sehingga 6XL.
3. Kolar telok belanga iaitu sama dengan kolar baju Melayu Johor.
4. Ada satu butang untuk mengancing kolar.
6. Kurta ringan tetapi tahan lasak!
7. Cepat menyerap dan mengeringkan peluh
8. Hadir dalam 8 warna iaituu Aqua Blue, Army Green, Black Dark Red, Navy Blue, Purple, Turquoise dan Light Brown.
Abam Kie sudah pasti kawan-kawan bersaiz besar akan lebih berkeyakinan dan 'awesome' bila memakai baju Melayu dan kurta jenama BOBROCK! Jika kawan-kawan memikirkan tentang gaya, sudah pasti BOBROCK menjadi pilihan hati!
Tujuan utama BOBROCK ialah untuk membekalkan Pakaian Saiz Besar Lelaki yang mampu milik, selesa dan bergaya pada masa yang sama. Selain itu menjadi cita-cita BOBROCK untuk memastikan pemakai bersaiz besar mempunyai peluang untuk menyuarakan dan mencipta gayahidup bebas mereka dengan penuh keyakinan!
Lihatlah betapa selesa dan gembiranya abam-abam ini menggayakan Baju Raya 2023! Kawan-kawan pun boleh melakukannya!
Sekiranya kawan-kawan ingin membeli-belah di Bob Rock Clothing (BRC) boleh sahaja ke outlet mereka di:
BOB ROCK
Lot F-15, Level 1
Plaza Shah Alam (Plaza Masalam)
Jln Tengku Ampuan Zabedah E9/E
40100 Shah Alam, Selangor
Customer Services:
cs@bobrock.com.my or
011-1009 1302
Operation Hours: 10am - 10pm
Bagi kawan-kawan yang berada di luar Lembah Klang, janganlah risau kerana barangan BOBROCK juga boleh dibeli secara dalam talian di Shopee dan Lazada. Sekarang ni semuanya di hujung jari je. Asalkan ada duit, semua benda boleh dimiliki!
0 Comments