𝑻𝒂𝒏𝒚𝒂... Niat witir 3 rakaat 2 salam ni ramai silap. Di sisi Mazhab Syafie, kita tak boleh niat “Sahaja aku solat witir 2 rakaat kerana Allah Ta'ala.” kerana witir tu maksudnya ganjil. Solat dua rakaat disebut syafa’ (genap), bukan witir (ganjil). Jadi niat witir yang betul ialah :
“Sahaja aku solat dua rakaat daripada witir kerana Allah Ta'ala.”
أصلي ركعتين من الوتر
Boleh juga “Sahaja aku solat mukaddimah witir…”
Atau seperti imam Malaysia banyak buat pun boleh, “Sahaja aku solat witir 3 rakaat 2 salam…”
Atau “Sahaja aku solat syafa’ dengan witir…”
Tidak sah niat witir 2 rakaat kerana solat dua rakaat itu ialah syafa’ (genap), bukan witir (ganjil). Ibarot dalam Nihayah az-Zain 1/101:
ولا يصح أن ينوي بالركعتين وترا لأنهما شفع لا وتر ويجوز في الأخيرة أن يقول ركعة من الوتر لأنها بعضه أيضا
Jika seseorang itu niat
أُصَلِّى سُنَّةً مِنَ الْوِتْرِ رَكْعَتَيْنِ لِلّٰهِ تَعَالَى
Sahaja aku solat sunat dua rakaat DARIPADA witir kerana Allah taala.
Maka untuk 1 rakaat witir kemudiannya memadai baca:
Sahaja aku solat sunat witir 1 rakaat kerana Allah Ta'ala.
“Habis tu kira tak sah la, takda pahala la ibadat kitorang selama ni.”
Kejahilan termasuk perkara yang Allah maafkan. Serahkan kepadaNya. Sebab tu kita kena selalu belajar. Lagi banyak belajar lagi banyak kita sedar selama ni banyak ibadat kita buat silap. And that’s is good.
0 Comments