Bercuti ke Bangi sempena majlis kahwin anak saudara

 

Assalamualaikum. Pada awal cuti sekolah lalu iaitu 17 Januari 2025 (Jumaat), Abe Kie, Kak Ton dan Imtinan pergi ke Bangi, Selangor bagi menghadiri majlis perkahwinan anak saudara Abe Kie iaitu Nur Syahida binti Suhaimi dan pasangannya Muhammad Azim bin Asri. Pada pagi Jumaat itu kami bertolak dari Tanah Merah, Kelantan pada jam 5.15 pagi. Kemudian kami berhenti solat Subuh di Kuala Krai sebelum meneruskan perjalanan dan berhenti untuk sarapan di Kuala Lipis. 

Kemudian Abe Kie mengambil alih kerusi pemandu sehinggalah kami tiba di Putrajaya. Destinasi pertama ialah Alamanda untuk makan tengahari. Kami memilih untuk makan di Pizza Hut sahaja. 

Kemudian kami singgah sebentar di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kerana Kak Ton ingin menyerahkan surat permohonan pertukarannya. Harap2 dapat la bertukar ke tempat kerja yang dekat sedikit dengan rumah. 

Seterusnya perjalanan diteruskan ke rumah kakak Abe Kie iaitu Kak Nah. Kami sampai 30 minit sebelum waktu Asar. Sesampai di sana tengok pengantin sedang bersiap-siap untuk majlis akad nikah.Syahida ni anak sulung. Tapi adiknya Aisyah sudah berkahwin 2 tahun lepas dan memiliki seorang anak lelaki bernama Mohammad Attar. Ni macam langkah bendul lah ye?

Majlis akad nikah dilangsungkan selepas solat Asar di Masjid Sentosa, Teras Jernang. Pengantin lelaki ini berasal dari Gopeng, Perak tetapi bertugas di Kuantan, Pahang. Dengan sekali lafaz sahaja sah lah mereka berdua sebagai suami-isteri. Alhamdulillah. Selesai akad nikah tu, semua hadirin kembali ke rumah Kak Nah untuk sedikit jamuan ringan seperti mihun goreng, sate, roti jala, kek, kuih-muih, buah-buahan dan minuman.

Pada pagi Sabtu 18 Januari tu kami bertiga bersarapan nasi kerabu di Retoran Nasi Kerabu Tumis dan Ikan Bakar Teras Jernang. Kedai makan ni terletak di seberang jalan Bangi Guest House iaitu tempat penginapan kami. Lintas jalan je terus sampai. Untuk maklumat lanjut boleh je klik link di bawah ini: 

https://www.instagram.com/botakmakan/reel/CzKkuQ_Rhif/?hl=en

Tauke dan tukang masaknya orang lelaki Kelantan tapi pembantu dapur dan pelayan semua orang Indon. Harganya mahal la juga. Aku habis RM39 untuk 3 pinggan nasi kerabu dan air. Rasanya tak sesedap kat kampung. Kebetulan abang ipar dan anak buah aku yang makan kat situ pun sependapat denganku. Cukuplah sekali makan kat situ.

 
 
Usai makan kami berjalan kaki ke dewan majlis resepsi iaitu Dewan Sri Warisan, BB Bangi. Dewan nampak luas. Selesai posing di luar dewan kami balik ke bilik penginapan untuk berehat sementara menunggu majlis bermula jam 12.00 tghari nanti.

Inilah rupa Bangi Guest House cawangan Teras Jernang. Parkir terhad. Lokasi betul2 di tepi jalan utama. Bising juga la dengan deruan enjin kenderaan. Nasib baiklah aku dapat tidur pada malam pertama. Cuma kipas berbunyi bising. Jadi aku ON je aircond tu. Kami bayar kan? Gunakanlah servis yg ada sehabis mungkin. Kadar 1 malam ialah RM120. Kami menginap di sini selama 3 malam.

Inilah rupa Mohammad Attar, cucu saudara Abe Kie. Si kecil ni mesra alam. Sesiapa ambil pun dia tak menangis.Senang dijaga. Jauh berbeza dengan ibunya semasa kecil. X boleh orang lain dukung, terus dia menangis sekuat2nya. Mujurlah anaknya x menurunnya.

Inilah door gift atau orang Kelate panggil 'sisa'. Comelnya bekas. Dalam tu ada cookies.. Kami ambil 3 unit.

Selesai menghadiri majlis resepsi kami bertolak ke Puchong Jaya kerana Kak Ton nak berjumpa dengan BFF dia bernama Cikgu Aida.Rumahnya berhampiran stesen LRT Puchong Jaya tu. Nak sampai ke rumah dia sesat la juga sampai kena call Aida untuk tunjuk arah. 

Bila sampai kami berbual sekejap sambil makan pizza. Ada 8 keping tapi anak aku makan 6! Aku makan dua je. Selepas itu Cikgu Aida dan suaminya Ir. Asmawi menghantar kami ke stesen LRT kerana kami nak window shopping kat IOI Mall Puchong.

IOI Mall ni memang besar tul. Letih kami berjalan. Cuma kebanyakan pengunjungnya orang Cina. Kak Ton merasa tak selesa. Lagipun barang2 kat sini mahal2 aje. Bukan x mampu beli tapi tiada apa untuk dibeli. Semasa kami keluar dari mall ini menuju ke stesen LRT hujan masih turun tapi tak berapa lebat. Redah saja la...

Pada hari Ahad tu kami makan di Restoran Adnan kat Teras Jernang tu. Usai makan kami menuju ke rumah Kak Nah untuk mengucapkan selamat tinggal. Selepas berbual sekejap kami menuju ke stesen komuter UKM untuk ke stesen LRT Bandar Tasik Selatan. Dari BTS kami ambik LRT ke Stesen Bandaraya kerana Kak Ton nak sangat shopping di Sogo Jalan TAR.

Kat SOGO ni memang banyak pilihan kain baju sampai tak tahu nak pilih. Tapi kami hanya beli pakaian untuk Imtinan.Nak beli banyak2 takut tak larat nak angkut ke dalam komuter nanti. Kemudian kami lunch kat food court Sogo tu. Kalau tak silap SOGO ini dibuka semasa aku masih menuntut di UM iaitu pada tahun 1994.

Untuk balik tu kami melalui jejambat melintasi Sungai Kelang ke Stesen Komuter Bank Negara. Dari stesen ini kami akan terus ke Stesen UKM. Mudah kan? Tak perlu tukar ke LRT lagi. Abe Kie tengok Sungai Kelang tu lebih jernih daripada Sungai Kelantan. Hebat dan tahniah!

Pada malam kedua dan ketiga kami makan malam di Restoran Prachin Buri Teras Jernang. Sejujurnya rasa makanan di sini menepati ciri-ciri makanan Thai asli. Harga pun berpatutan. Manakan tidak, Cikgu Aida dan Ir. Asmawi yang tinggal di Puchong pun sanggup merempit ke sini untuk makan tomyam! Kawan2 patut try la makan di sini ye. 

Pada malam terakhir tu kami tidur awal dan bangun pada jam 4.20 am. Kami bertolak balik ke Kelantan pada jam 5.10 am, Isnin, 20 Jan 2025. Nak sampai ke Tol Gombak tu ada ter'miss' tanjakan tapi Alhamdulillah sampai juga ke destinasi. Kami solat Subuh di stesen minyak Shell Bentong. Perjalanan diteruskan sehingga Kuala Lipis untuk sarapan. Kemudian Abe Kie memandu kereta sehinggalah kami selamat sampai ke rumah di Tanah Merah pada jam 1.05 pm. 

Begitulah perjalan kami ke Bangi pada cuti sekolah 2024/25 tempohari. Tinggalkan komen anda di ruangan yang disediakan di bawah ye. Terima kasih kerana sudi membaca sehingga habis. Selamat menghabiskan cuti sekolah. 





Post a Comment

0 Comments