DIABETES & FATTY LIVER
1. Seseorang yang menghidap diabetes, dia juga mungkin ada masalah fatty liver. Bahkan, ada pandangan mengatakan, fatty liver itulah masalah sebenar pesakit diabetes. Maksudnya, daripada fatty liver, terjadinya diabetes dan gout.
2. Fatty liver adalah keadaan di mana hati seseorang menyimpan gula yang banyak dan gula tersebut disimpan dalam bentuk lemak. Punca kepada fatty liver ialah glucose dan fructose.
3. Jika anda makan buah manis, kemudian anda uji paras gula dalam darah, anda mungkin tak nampak kenaikan paras gula. Sebab, fructose dalam buah terus pergi ke hati. Yang pergi ke dalam darah ialah glucose.
4. Fatty liver ini lambat dikesan sekiranya tidak diberi perhatian. Hati masih boleh berfungsi dengan baik walaupun 95% telah rosak. Sebab itu, pesakit perlu faham keputusan pathology pada liver dan tidak menyerahkan bulat-bulat kepada doktor. Anda sendiri kena belajar memahami tahap kesihatan anda. Jika diserahkan hidup anda pada doktor, maka berterusanlah makan ubat tak sembuh - sembuh.
5. Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh pesakit fatty liver ialah menjauhi segala jenis gula dan sumber-sumber yang menghasilkan gula dalam badan. Dietnya sama macam diet pesakit diabetes. Hadkan pengambilan gula dan karbohidrat.
6. Tubuh perlu dilatih untuk membakar lemak supaya kandungan lemak dalam hati dan darah dapat dikurangkan. Antara kaedah yang digunakan ialah intermittent fasting dan diet high fats, low carbs.
7. Bacaan gula naik tinggi pada awal pagi bermula pukul 4 pagi. Ini kerana, tubuh faham bahawa manusia akan mula menggunakan tenaga. Ini dipanggil dawn phenomenon. Ia memahamkan kita bahawa, gula dah memang tinggi dalam badan. Jika ditambah dengan teh tarik, bertambah naiklah bacaan gula tu.
8. Jadi, pada waktu pagi, jika hendak makan pun, makanan yang sesuai untuk pesakit diabetes dan fatty liver ialah lemak dan protein. Anda boleh makan 2 - 4 biji telur semasa breakfast.
9. Telur ada protein dan lemak. Lemak tidak merangsang insulin. Maka, jika anda makan lemak, insulin tak naik. Antara sumber lemak yang sihat ialah butter, telur, ikan salmon, minyak sapi, minyak zaitun dan buah avocado. No carbs!
10. Anda perlu biarkan perut anda selama paling kurang 5 jam tanpa apa-apa kalori masuk. No snacking. No fruits! Only plain water or other types of no calories water.
11. Kemudian, apabila sampai masa untuk makan, misalnya pukul 2 petang, mulakan dengan minum cuka epal untuk membantu penghadaman. Kemudian makanlah bermula dengan sayur-sayuran, kemudian protein dan lemak. Nasi kalau nak makan, jangan lebih 2 senduk. Latihlah makan nasi yang sedikit. Tak makan nasi pun tak apa. Sebab nasi ada kanji, kanji akan jadi gula.
12. Pesakit kena hadkan makanan mengandungi gula tak lebih 4 sudu sehari. Satu senduk nasi ada 2 sudu gula. Jadi, kalau nak cedok 2 senduk, maka dah ready 4 sudu gula. Jika dua senduk dah makan semasa lunch, nanti petang, tak perlu makan nasi lagi.
13. Selepas lunch, jarakkan 5 jam paling kurang untuk makan petang. Paling bagus sebelum Maghrib. Atau, 4 jam sebelum tidur. Menu petang ambil yang lebih ringkas berbanding lunch tadi.
14. Anda boleh ambil supplements yang mengandungi multimineral, multivitamin, omega 3, kalsium, magnesium dan ada supplements khas untuk menyokong anda memulihkan hati yang rosak. Antara yang saya cadangkan ialah Nutrilite Milk Thistle. Keterangan lanjut boleh hubungi saya.
15. Kemudian, tidurlah awal. Paling bagus amalkan tidur sebelum 11 malam. Tidur awal dapat membantu badan membakar lemak. Sebelum tidur, minum lagi cuka epal. Paling bagus cuka epal campur sedikit garam bukit dan limau nipis.
16. Kemudian dah tidur awal, bangunlah awal, solat tahajud. Allah dah cipta badan yang keluarkan gula jam 4 pagi, tentulah ada sebabnya - bangun tahajud.
17. Kemudian, berulanglah perkara yang sama. Apabila anda dah biasa makan sedikit, boleh cuba skip breakfast. Atau breakfast sekadar minum air kosong atau teh kosong atau kopi kosong. Tanpa gula tanpa susu!
18. InsyaAllah, lama kelamaan anda sendiri akan rasa kesihatan anda bertambah baik. Paling bagus, anda buat rekod sendiri. Setiap hari, cek paras gula, timbang berat, body fat, muscle dan visceral fat. Nanti anda sendiri akan nampak paras gula makin turun, peratus lemak makin turun dan anda kembali kacak, cantik dan slim.
Sumber: Khairy Tajudin
#reversediabetes
0 Comments