Assalamualaikum. Abe Kie sememangnya menjadi 'friend' kepada mantan guru Bahasa Inggeris semasa belajar di di tingkatan 1 (2) Sekolah Menengah Sains Machang, Kelantan pada 1986 yang lampau. Mr Shansudin abdul Rahman yang lebih mesra dipanggil Mr. Sam mengajar Abe Kie semasa di tingkatan 1. Semasa di tingkatan 2, Mr. Sam melanjutkan pelajaran di IPSI dan kembali ke SMACH pada tahun 1988. Seingat Abe Kie la, sekembali dari IPSi tu Mr Sam sudah berkahwin dengan pilihan hatinya. Sempatlah la dia mengajar Abe Kie sekejap sebelum SRP.
Antara jasa Mr. Sam ialah dia menubuhkan pasukan brass band sekolah pada tahun 1986 tu. Kumpulan pancaragam SMACH pada usia 30 tahun penubuhannya pernah mendapat tempat diperingkat antarabangsa. Semua ini diasaskan oleh Mr. Sam dan diteruskan oleh guru2 sekarang. Abe Kie tak join la brass band ni sebab latihannya panjang. X kuasa Abe Kie nak berlatih lama2. Baik Abe Kie buat latihan Add Maths tu...
Cuma Abe Kie terasa terharu apabila seorang mantan guru masih mengucapkan selamat hari lahir kepada bekas anak muridnya selepas 30 tahun terpisah. Sama ada notifikasi hari lahir Abe Kie muncul di wall FB Mr. Sam atau sememangnya dia mengingati anak muridnya ini. Sejujurnya seorang guru itu sukar mengingati anak muridnya kerana bilangan mereka yang ramai. Jika dapat diingati pun sekadar anak2 murid yang paling pandai atau yang paling nakal. Jika anak murid yang pendiam macam Abe Kie ni susah la sikit guru2 nak ingat muka. Namun sebaliknya. Biasanya anak murid ni memang la akan mengingati bekas gurunya kerana bilangan guru yang pernah mengajarnya tidak ramai. .
Dari wall FB saya dapat tahu Mr Sam sudah berhijrah ke Arab Saudi dan mengajar di sebuah universiti di sana. Mungkin sekarang ni dia dah pencen kerana usianya sudah mencecah 64 tahun. Mr Sam ni dilahirkan di Singapura tetapi belajar di Malaysia. Di atas adalah foto keluarga beliau.




0 Comments