25 Sebab Kenapa Umur Persaraan Wajib Perlu Kekal Pada 60 Tahun

 


𝟐𝟓 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐁 𝐔𝐌𝐔𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐏𝐀𝐓𝐔𝐓 𝐃𝐈𝐍𝐀𝐈𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌

𝗔. 𝗞𝗘𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗧𝗘𝗡𝗔𝗚𝗔 𝗠𝗨𝗗𝗔 & 𝗣𝗔𝗦𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔

1. Menghalang kemasukan graduan baharu.
Jawatan tak bergerak, menyebabkan ribuan graduan menunggu lebih lama untuk ditempatkan.
2. Melambatkan kenaikan pangkat pegawai muda. Progres kerjaya menjadi sangat perlahan dan mematikan motivasi mereka. Ini secara tidak langsung mengakibatkan produktiviti menurun
3. Mewujudkan “career congestion”. Struktur jawatan menjadi sempit (bottle neck) yang semakin teruk, kesan langsung kepada pembangunan bakat.
4. Brain drain meningkat. Anak muda akan lari ke sektor swasta atau luar negara kerana peluang ‘stagnan’.
5. Menjejaskan inovasi dalam sektor awam. Sektor awam perlukan generasi muda yang lebih adaptif kepada teknologi baharu.

𝗕. 𝗞𝗘𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 & 𝗜𝗠𝗣𝗟𝗜𝗞𝗔𝗦𝗜 𝗞𝗢𝗦

6. Beban pencen meningkat. Lebih lama bekerja = lebih tinggi gaji akhir = pencen lebih besar, menjadikan beban fiskal jangka panjang. Orang2 atas sedap la, mereka lah yang terpaling menikmati jika umur persaraan dinaikkan. Ada KSU yang dah serve sebagai KSU lebih 10 tahun kot!
7. Kenaikan kos kesihatan penjawat awam senior.
Pampasan, rawatan kesihatan & insurans kerajaan akan melonjak.
8. Kos latihan tambahan. Pegawai lebih senior perlukan lebih banyak refresher training untuk kekal relevan.
9. Hanya akan menangguhkan penjimatan yang datang daripada persaraan wajib. Persaraan semula jadi membantu imbangi kos perjawatan setiap tahun.
10. Melanjutkan pekerjaan mahal. Pegawai senior berada dalam gred tinggi, lebih mahal untuk dikekalkan sehingga 65 tahun, risiko ‘zon selesa’ yang akhirnya boleh membangunkan kartel sendiri sebab terlalu lama berkuasa.

𝗖. 𝗘𝗙𝗘𝗞𝗧𝗜𝗩𝗜𝗧𝗜, 𝗣𝗥𝗢𝗗𝗨𝗞𝗧𝗜𝗩𝗜𝗧𝗜 & 𝗥𝗜𝗦𝗜𝗞𝗢 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡

11. Potensi menurun dalam kerja fizikal / operasi berat. Banyak perkhidmatan awam memerlukan stamina (penguat kuasa, teknikal, keselamatan, kesihatan). Bayangkan pemandu kenderaan, betapa bahaya jika masih memandu pada usia yang tidak sesuai lagi. Membahayakan nyawa orang lain.
12. Keupayaan adaptasi teknologi menurun dengan usia. Sebahagian pegawai senior mungkin lebih sukar menyesuaikan diri dengan transformasi digital.
13. Risiko “skill mismatch” meningkat. Pekerja lama mungkin tak lagi sepadan dengan keperluan kompetensi baharu.
14. Menurunkan kelajuan penyampaian perkhidmatan. Bukan semua, tapi ini realiti dalam banyak organisasi besar.
15. Meningkatkan risiko kesilapan kritikal. Kerja yang memerlukan fokus tinggi (undang-undang, kesihatan, keselamatan) boleh terjejas.

𝗗. 𝗗𝗜𝗠𝗘𝗡𝗦𝗜 𝗦𝗢𝗦𝗜𝗔𝗟 & 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜𝗔𝗡 𝗛𝗜𝗗𝗨𝗣

16. Mengganggu masa rehat dan fasa hidup warga emas. Usia 60 ke atas sepatutnya untuk keluarga, ibadah, kesihatan & kehidupan tenang.
17. Risiko ‘burnout’ jangka panjang. Kerja kerajaan penuh birokrasi dan tekanan, 61-65 terlalu panjang untuk ramai kakitangan/pegawai.
18. Kualiti hidup merosot. Lebih lama bekerja = kurang masa untuk diri, anak, cucu dan komuniti.
19. Tidak selari dengan jangka hayat sihat (healthy life expectancy). Rakyat Malaysia average life expectancy 75, tetapi healthy expectancy lebih rendah.
20. Ramai penjawat awam sebenarnya mahu bersara awal, bukan lewat. Ini Realiti survey dalaman banyak agensi. Namun yang digemburkan adalah ramai yang setuju dinaikkan umur, padehal golongan atasan sahaja yang ramai setuju pun.

𝗘. 𝗜𝗦𝗨 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗢𝗥𝗚𝗔𝗡𝗜𝗦𝗔𝗦𝗜 & 𝗖𝗢𝗥𝗣𝗢𝗥𝗔𝗧𝗘 𝗚𝗢𝗩𝗘𝗥𝗡𝗔𝗡𝗖𝗘

21. Menyukarkan perancangan succession planning. Organisasi tak dapat “refresh” dengan bakat baharu pada masa yang sepatutnya.
22. Mengekalkan budaya lama (legacy culture). Transformasi minda dan perubahan cara fikir serta cara bekerja perlukan mindset baru; melanjutkan umur melambatkan perubahan.
23. Menjejaskan moral pegawai pertengahan. Mereka jadi terhimpit antara senior yang tak bersara dan junior yang tak boleh naik.
24. Mengurangkan fleksibiliti kerajaan. Kerajaan sukar restructure perjawatan atau agile redeployment jika lantikan lama kekal terlalu lama.
25. Tidak selari dengan struktur pekerjaan di banyak negara maju. Majoriti negara tidak naikkan umur persaraan sektor awam melebihi 62 kerana implikasi produktiviti & kos.
Kesimpulannya:
“𝑁𝑎𝑖𝑘𝑘𝑎𝑛 𝑢𝑚𝑢𝑟 𝑝𝑒𝑟𝑠𝑎𝑟𝑎𝑎𝑛 𝑏𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑘𝑎𝑑𝑎𝑟 𝑡𝑎𝑚𝑏𝑎ℎ 𝑡𝑒𝑚𝑝𝑜ℎ 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑘𝑒𝑟𝑗𝑎, 𝑡𝑒𝑡𝑎𝑝𝑖 𝑖𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑎𝑛𝑔𝑔𝑢ℎ𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑎𝑠𝑎 𝑑𝑒𝑝𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑙𝑢𝑟𝑢ℎ 𝑔𝑒𝑛𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑏𝑎ℎ𝑎𝑟𝑢.”

𝐉𝐮𝐬𝐭𝐞𝐫𝐮, 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐜𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝟏𝟎 𝐀𝐥𝐭𝐞𝐫𝐧𝐚𝐭𝐢𝐟 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐍𝐚𝐢𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐔𝐦𝐮𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡

1. Pilihan “Retirement Flexi Window” (Umur 56–65)
Macam Jepun & UK.
Penjawat awam boleh pilih untuk sambung kerja hingga 63 atau 65, tapi:
• sukarela,
• terhad kepada jawatan kritikal,
• tidak menghalang jawatan promosi pegawai muda.
Model paling fleksibel, paling “win-win”.

2. Pelanjutan Khas Untuk Jawatan Kritikal Sahaja
Contoh:
• doktor pakar,
• jurutera domain tertentu,
• pakar forensik,
• pakar ICT (cybersecurity, data science),
• penguat kuasa tertentu,
• pakar perundangan.
Hanya perkhidmatan yang terbukti kekurangan tenaga diberi lanjutan kontrak post-retirement.
Tidak mengganggu perjawatan besar-besaran.

3. Skim “Post-Retirement Contracting” (1–2 Tahun Sahaja)
Ramai negara pakai sistem ini. Pegawai bersara 60 tahun, tapi kerajaan boleh ambil balik:
• atas dasar keperluan,
• kontrak pendek,
• tanpa komitmen kenaikan gaji,
• lebih murah dari mengekalkan pegawai tetap.
Ini sudah dibuat Malaysia, cuma perlu diperluaskan secara strategik. Cuma ia tak seharusnya kekal di jawatan yang sama, terutamanya sebagai Ketua Jabatan, melainkan seorang bertaraf Subject Matter Expert (SME), bukan subject ‘mengipas’ expert!

4. Tandatangan Kontrak Lanjutan Berdasarkan Prestasi
Kalau prestasi tinggi, sihat, ada kepakaran —
boleh sambung 1 tahun + 1 tahun + 1 tahun.
Tiada lagi pelanjutan automatik.
Fokus: merit, bukan usia.

5. Skim “Knowledge Transfer Fellowship” untuk Pegawai Senior
Pegawai berusia 60+ tidak kekal dalam jawatan operasional penuh, tetapi:
• menjadi mentor,
• latih pengganti,
• mempengerusikan panel dasar & audit,
• menjalankan tugasan penasihat.
Faedah negara kekal, tetapi jawatan operasional dikosongkan untuk pegawai muda.

6. Naikkan Umur Persaraan Untuk Skim Yang NON-PENCEN Sahaja
Contoh:
• skim kontrak,
• skim interim,
• lantikan tidak berpencen (contoh sesetengah agensi badan berkanun).
Dengan cara ini, kerajaan tidak menambah beban pencen, tetapi masih dapat tenaga kerja senior.

7. Kurangkan “Mandatory Retirement Age”, Tambah “Optional Extension Age”
Model ini kontroversial tapi sangat efektif di Jerman & Kanada:
• Retirement wajib kekal 60.
• Pegawai boleh pilih sambung sehingga 63/65 jika mahu dan layak.
Ia mengelakkan ketegangan politik dan ekonomi.

8. Jadikan Lanjutan Hanya Untuk Mahir Niche (“Critical Skills List”)
Kerajaan tetapkan senarai kemahiran yang sangat rare, contohnya:
• Actuary,
• Forensic pathologist,
• Blockchain security,
• Nuclear safety engineer,
• Drafting legislative expert
Lanjutan hanya dibenarkan untuk kemahiran niche, bukan kerana Menteri suka kau, bukan kerana kau pandai mengipas bos atasan kau.

9. Modernisasi Struktur Jawatan, Bukan Umur
Masalah sebenar bukan umur persaraan,
tetapi:
• struktur pangkat statik,
• overlapping functions,
• jawatan tidak relevan,
• redundancies.
Kerajaan boleh buat:
• regrading,
• multi-skilling,
• streamlining.
Ini beri ruang kepada pegawai muda naik tanpa sentuh umur persaraan.

10. “Partial Retirement” — Kerja Separuh Masa Selepas 60
Pegawai 60+ diberi opsyen kerja separuh masa untuk:
• kurangkan beban gaji,
• kekalkan kepakaran,
• beri ruang jawatan naik kepada pegawai lebih muda.
Model ini sangat berjaya di Switzerland.

Kesimpulannya:
Tak perlu naik umur persaraan seluruh negara.
Kita hanya perlu naikkan fleksibiliti sistem, bukan umur.
Dan saya yakin, ramai rakyat Malaysia dan penjawat awam yang terlibat, mereka pun tahu: masalah sebenar bukan umur 60, tetapi kelemahan struktur, produktiviti, dan succession planning.
Saya harap JPA dan Anggota Jemaah Menteri tidak meneruskan hasrat untuk mempertimbangkan cadangan kenaikan umur persaraan ini.
Kalau kerajaan tetap mahu naikkan umur persaraan, walaupun ada banyak bantahan dan implikasi, langkah paling bijak ialah memastikan keputusan itu seimbang, berintegriti, dan tidak membebankan negara atau generasi muda.
Maknanya: umur persaraan naik, tetapi seluruh ekosistem dasar kena dibaiki serentak.
Kalau tidak, ia hanya menambah masalah tanpa menyelesaikan apa-apa.
Berikut ialah cadangan saya secara menyeluruh yang boleh kerajaan laksanakan jika umur persaraan hendak juga dinaikkan.

CADANGAN MENYELURUH JIKA UMUR PERSARAAN KERAJAAN NAIK JUGA

A. REFORM PERUNDANGAN (AKTA & PERATURAN YANG PERLU DIKEMASKINI)

1. Pinda Akta Parlimen (Saraan) 1980
Pastikan standard umur persaraan, manfaat, dan tempoh khidmat bagi:
• Perdana Menteri & Timbalan PM,
• Menteri, Timbalan Menteri,
• Setiausaha Politik,
adalah selari dengan perubahan umur persaraan nasional.
Cadangan:
• Menteri & Timbalan Menteri mesti tertakluk kepada had umur maksimum (contoh: 70 tahun).
• Hentikan “afterlife benefits” yang berlebihan.

2. Tetapkan Umur Persaraan Ahli Parlimen
Kalau pegawai kerajaan wajib bersara pada 63/65, masuk akal juga Ahli Parlimen mempunyai had umur.
Opsyen:
• Had umur maksimum untuk menjadi calon: 70 tahun
• Atau, tamat tempoh khidmat Ahli Parlimen secara automatik apabila capai umur tertentu.
Ini mengelakkan situasi “kepimpinan terlalu tua tetapi masih memegang kuasa”.

3. Mansuhkan Pencen Ahli Parlimen (Selaras Dengan Beban Fiskal Negara)
Pegawai kerajaan perlu bekerja lebih lama kerana kos pencen meningkat, maka wajar prinsip sama dikenakan kepada Ahli Parlimen.
Cadangan:
• Semua Ahli Parlimen selepas tarikh kuat kuasa → skim caruman KWSP, bukan skim pencen, ia terpakai kepada semua, secara retrospektif, iaitu tarikh kuat kuasa dikebelakangkan.
• Ahli Parlimen sedia ada boleh diberi pilihan ‘grandfathering clause’.

4. Tetapkan Anggota Pentadbiran Yang Meletakkan Jawatan Tidak Layak Pencen
Ini wajar kerana pegawai kerajaan biasa pun dikenakan syarat ketat. Contoh tahun ini sahaja ada 3 Menteri letak jawatan, jika ikutkan Akta sedia ada, mereka masih layak dibayar pencen sebagai Menteri, tak pasal-pasal Kerajaan yang kena tanggung, eh banyak cantik, ini guna wang pembayar cukai tau!
Langkah:
• Menteri/Timbalan Menteri yang meletak jawatan atau dipecat tidak melayakkan mereka pencen pentadbiran.
• Kelayakan pencen hanya diberi jika:
✓ tamat tempoh perkhidmatan penuh,
✓ tiada sabitan kes,
✓ memenuhi syarat integriti.

5. Semak Semula Seluruh Akta Pencen 1980
Jika umur persaraan naik, formula pencen & tanggungan kewangan negara juga mesti dikaji semula:
Cadangan:
• Had maksimum pencen bulanan,
• Formula perkiraan baharu supaya tidak menambah beban fiskal,
• Semakan syarat kelayakan minimum waktu perkhidmatan.

B. REFORM PENGURUSAN BAKAT & TENAGA KERJA (WORKFORCE DESIGN)

6. Skim Pelanjutan Berdasarkan Merit, Bukan Automatik
Jika umur persaraan naik sekalipun, jangan jadikan ia “one-size fits all”.
Opsyen:
• 60 → 62 automatik
• 63 → 65 berdasarkan merit, kesihatan, prestasi & keperluan perjawatan
Ini elak isu: pegawai tidak produktif disimpan 5 tahun lagi.

7. “Half-Retirement Scheme”
Pada usia 60+, pegawai boleh pilih:
• bekerja separuh masa,
• gaji separuh,
• pencen penuh kekal berjalan.
Ini mengurangkan beban gaji dan membuka ruang kepada pegawai muda.

8. Kurangkan Gaji Tahunan Untuk Pegawai Senior
Kaedah yang digunakan di Jepun dan Korea.
• Lepas 60 tahun → kenaikan gaji dikurangkan atau dihentikan.
• Ini memastikan kos negara terkawal.

9. Mandatori Penilaian Kesihatan & Psikologi Tahunan
Jika umur meningkat, risiko kesilapan kerja kritikal bertambah.
Maka, untuk pegawai 60–65 tahun:
• Penilaian kesihatan, mental alertness & cognitive fitness wajib setiap tahun.
• Hanya pegawai yang melepasi standard boleh kekal berkhidmat.

C. REFORM TERHADAP JAWATAN KRITIKAL

10. Lanjutan hanya untuk jawatan yang terbukti kekurangan tenaga
Contoh:
• pakar bedah,
• doktor pakar,
• jurutera kritikal,
• pakar undang-undang niche,
• forensik,
• cybersecurity,
• pakar data dan lain-lain bidang kritikal
Untuk jawatan generalist, antaranya PTD, kerani, EO, kewangan, admin, menggunakan fizikal seperti penguatkuasa, polis, tentera, bomba — umur kekal 60 tahun sahaja.

D. REFORM KEWANGAN NEGARA

11. Naikkan umur persaraan bersyarat dengan pemansuhan pencen politik
Rakyat lebih mudah menerima kenaikan umur persaraan jika ia datang bersama pembaharuan yang adil:
Contoh syarat:
• Ahli Parlimen tiada pencen → KWSP.
• Menteri & Timbalan Menteri tiada pencen pentadbiran.
• Had umur untuk layak bertanding. Ada tempoh ‘percubaan’ macam penjawat awam atau penjawat swasta.
Langkah ini memberi signal “shared burden” yang lebih adil.

12. Hadkan maksimum pencen bulanan untuk pegawai senior gred tinggi
Ini wujud di banyak negara untuk elakkan “over-generous pension burden”.

E. REFORM TADBIR URUS & INTEGRITI

13. Pegawai senior mesti wajib lalui modul integriti tambahan
Pegawai lebih lama dalam sistem = lebih besar risiko network abuse / conflict of interest.
Jadi untuk pegawai 60–65 tahun:
• Taklimat integriti wajib,
• Audit gaya hidup berkala,
• Pengisytiharan aset tahunan.

14. “Succession Planning Certification”
Pegawai senior yang sambung bekerja wajib buktikan:
• mereka telah melatih pengganti,
• telah document knowledge transfer.
Jika gagal → lanjutan perkhidmatan ditolak.
Hapuskan sistem kenaikan pangkat secara time based, terbukti tidak berkesan dan membebankan kewangan awam. Hapuskan polisi kenaikan pangkat mengikut ‘bakul’ yang terbukti tidak seragam tu, lebih kepada prerogatif semata-mata, tidak adil!

F. SOLUSI POLITIK & PUBLIC PERCEPTION

15. Kenaikan umur persaraan mesti datang dengan moratorium lantikan politik tertentu
Untuk memelihara profesionalisme perkhidmatan awam.
Contoh:
• Kurangkan jumlah political appointees,
• Hadkan tempoh kontrak Setpol & Pegawai Khas,
• Professionalisation of key positions.

16. Kempen penerangan awam wajib dijalankan
Tanpa penerangan, rakyat akan marah.
Sebab itu dasar sebesar ini perlukan justifikasi jelas:
• data umur penduduk,
• beban kewangan negara,
• bukti perbandingan antarabangsa.

KESIMPULAN

Jika kerajaan tetap mahu naikkan umur persaraan, langkah itu mesti datang dalam pakej reform menyeluruh:
👉
peraturan pencen dikemaskini,
👉
skim Ahli Parlimen direform,
👉
anggota pentadbiran tidak diberi keistimewaan berlebihan,
👉
pegawai senior dinilai berdasarkan merit,
👉
jawatan kritikal diberi fleksibiliti,
👉
struktur gaji & produktiviti dikemas kini,
👉
tenaga muda tetap diberi ruang naik.
Baru dasar ini seimbang.
Kalau tidak, ia hanya akan membebankan negara & mematikan masa depan generasi muda.
Fuh penatnya menulis panjang-panjang ni, harap-harap ramai yang baca sampai habis. Sila komen jika anda baca sampai habis
Jika mahukan penerangan lebih lanjut, saya bersedia untuk kongsi lanjut. Perihal pencen ni memang ‘jiwa’ saya.
Silakan tekan SHARE button bagi viral biar semua rakyat Malaysia baca.
‘Membaca Amalan Mulia’

Sumber: FB 𝗬𝗲𝗻 𝗦𝗞

Post a Comment

0 Comments